Yang di-Pertuan Agong XVI Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah

Pertabalan

Tidak lama kemudian, pada 24 Januari 2019, Majlis Raja-Raja dalam Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja ke-251 telah berkenan memilih baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, bagi menggantikan Sultan Muhammad V (Kelantan) yang turun takhta. Baginda telah mengangkat sumpah jawatan bagi memulakan pemerintahan baginda di tampuk Persekutuan di Istana Negara pada 31 Januari 2019.[15] Istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong telah berlangsung di Istana Negara pada 30 Julai 2019, tujuh bulan selepas baginda menaiki takhta.

Sementara itu, hal-ehwal pentadbiran di Pahang pula diserahkan kepada anakandanya Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Namun begitu, pada tarikh pelantikan, Tengku Hassanal masih melanjutkan pelajarannya di Akademi Tentera Diraja Sandhurst. Dengan itu, Tengku Hassanal dibantu dalam menjalankan tugasnya oleh Majlis Jemaah Pangkuan Diraja Negeri Pahang yang diketuai oleh adinda sulung Sultan Abdullah serta bapa saudara Tengku Hassanal, Tengku Abdul Rahman Ibni Sultan Haji Ahmad Shah dari 15 Februari 2019 sehingga tamat pengajiannya pada 15 Disember 2019.[16]

Hubungan luar

Al-Sultan Abdullah selaku ketua negara kerap kali mengadakan lawatan ke luar negara sebagai mengukuhkan hubungan luar negeri Malaysia serta menghadiri istiadat-istiadat diraja negeri atas undangan rasmi. Lazimnya, baginda diiringi Raja Permaisuri Agong, dan kadangkala dengan pihak kabinet dan kerajaan. Baginda turut biasanya mengadakan pertemuan dengan diaspora Malaysia ketika lawatannya. Sungguhpun begitu, tugasan diplomasi ini terganggu pada 2020 dan 2021 akibat pandemik COVID-19 yang menyebabkan lawatan-lawatan negara ditangguhkan.[17]

Rujukan

WikiPedia: Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah https://www.kosmo.com.my/tv/tvkosmo-raja-permaisur... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/tengku-ab... https://www.hmetro.com.my/utama/2019/01/415598/sul... https://web.archive.org/web/20190112150508/http://... http://www.utusan.com.my/berita/nasional/biodata-t... https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01... https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/411310/... http://www.dirajapahang.my/portaldiraja/?page_id=2... https://www.sinarharian.com.my/article/7132/BERITA... https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/sultan-a...